Pengenalan
Kita perlu menjaga kesihatan badan supaya dapat mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit yang merbahaya antaranya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan kanser. Kita boleh menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti sukan dan mengambil makanan yang seimbang.

Aktiviti Sukan
Berjoging adalah salah satu daripada aktiviti senaman. Selain itu, bermain bola sepak, berenang, bermain badminton dan bola jaring juga aktiviti sukan. Kita perlulah bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Aktiviti sukan juga menyeronokkan dan boleh menyihatkan badan. Kita boleh melakukan aktiviti ini secara individu ataupun berkumpulan. Jika kita banyak bersenam, badan menjadi segar dan otak pun cerdas. Apabila kita bersukan pada waktu pagi, kita boleh menghirup udara segar sambil berseronok.
Pemakanan Seimbang
Kita perlu mengambil pemakanan yang seimbang pada setiap hari supaya badan kita sentiasa sihat. Pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan diri dariada obesiti. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan badan adalah dengan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang yang menjadi sunnah nabi yang perlu umat islam ikuti. Piramid makanan tersebut menunjukkan bilangan makanan yang perlu kita makan setiap hari :
Membersihkan Diri
Salah satu cara untuk menjaga kesihatan badan adalah dengan mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan menggosok gigi 3 kali sehari. Pada segi pakaian pula, kita haruslah memakai pakaian yang bersih dan kemas. Selain itu, kita hendaklah kerap membersihkan badan supaya badan kekal sihat dan
cergas.

cergas.
Tidur Secukupnya
Selain bersukan,mengambil pemakanan yang seimbang dan membersihkan diri, kita juga perlu tidur dan rehat secukupnya supaya badan tidak terlalu penat. Jadual dibawah meneunjukkan bilangan masa yang perlu kita ikuti setiap hari:
Kanak-kanak : 10 hingga 12 jam
Remaja : 08 hingga 10 jam
Penutup
Begitulah cara untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita agar badan kita menjadi lebih sihat dan cergas. Sekian terima kasih.
Dihasilkan oleh : Aisha Sofea , Anisah Raihanah , Siti syakirah & Aiza Nazura.
Kelas : 5 Zamrud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan